Khamis, 19 April 2012

PENGENALAN PSS SMK IMPIAN EMAS


  1. PENGENALAN
Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk contohnya aktiviti PSS, Organisasi PSS, bahan-bahan baru PSS. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk kebanyakan blog.
Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

  1. MATLAMAT:Matlamat utama meningkatkan kesedaran dan memupuk minat pelajar menggunakan IT sebagai satu cara menyebarluas maklumat berkaitan Pusat Sumber SMK Impian Emas. Dengan kaedah ini juga, maklumat yang dimuat di dalam blog dapat dikongsi dengan pengunjung.
3.   OBJEKTIF

i. Membina Blog untuk Pusat Sumber SMK Impian Emas

ii.Menyebar luas maklumat berkaitan PSS untuk bacaan semua

iii. Melatih dan mendidik pelajar menggunakan IT .

  1. SASARAN PESERTA:Pelajar sesi pagi (Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan tingkatan 5)

  1. TEMPOH:2 April 2012 hingga 27 April 2012
  1. ANGGARAN PERBELANJAAN:6.1Anggaran pembelian hadiah:
Bil
Hadiah
Jenis Hadiah
Anggaran Harga
1
Johan
MP3
RM 60.00
Pendrive
RM 17.00
2
5 hadiah Saguhati
5 buah pendrive
5 X RM 17
RM 85.00
Jumlah
RM 162.00
6.2  Peruntukan: Yuran Khas Sekolah dan sumbangan guru-guru sesi pagi.

  1. TINDAKAN: Mengadakan perbincangan dengan guru-guru PSS dan guru ICT
  1. Mengumumkan Pertandingan di tapak perhimpunan dan membuat iklan ditampal di kelas
  2. Mengedarkan borang penyertaan kepada pelajar yang berminat
  3. Memantau blog secara online bersama guru ICT
  4. Memilih blog yang terbaik
  5. Penyampaian hadiah
  6. Membuat laporan aktiviti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan